Bagus untuk bahan renungan di akhir minggu n bikin pede jadi cewe…
Makasih ya Bondol… Makasih banyak…
Banyak yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam hadis yang mengisahkan perbedaan darajat kaum wanita dan lelaki.
Perbedaan-perbedaan ini yang menaikan darajat kaum wanita.
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, Beliau menjawab,
"Ibu lebih penyayang daripada bapak dan do’a orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan (subhanallah… kapan aku jadi ibu ya…)
3. Apabila seseorang perempuan kesakitan ketika hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (mauuuu…)
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut pada Allah dan orang yang takut pada Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barang siapa membawa hadiah (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam surga lebih dahulu daripada suaminya (jaraknya 10.000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?”
Jawab Rasulullah,"Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila dipanggil oleh kedua orang tua mu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga.
18. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu karena anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.
Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah
Label: Hikmah
jadi kapan neh rencana jadi ibu dan punya anak :D